Sempena dengan cuti ni, kami nak berikan resepi nasi minyak lengkap dengan lauk ayam masak merah dan daging masak hitam. Yelah, mana tau musim cuti atau hujung minggu ada ada rasa nak makan nasi minyak bersama-sama dengan anak, boleh la cuba kan. Sebelum masak resepi nasi minyak, kami nak berikan tips untuk anda cuba sebelum dan ketika masak nasi minyak untuk dapatkan hasil yang bagus. 1- Gunakan beras basmathi yang hasil sepuas hati, jangan la guna beras biasa ya. 2- Selepas sahaja nasi sudah masak, terus keluarkan bahan tumis seperti bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga. Kenapa ? Untuk elakkan dari rasa berlebihan dalam nasi yang telah siap dimasak. 3- Nasi minyak sesuai dihidangkan dengan acar timun mentah bersama sedikit kubis dan lobak merah, lauk ayam masak merah atau daging masak hitam. 4- Jika anda ingin guna 3,4 jenis pewarna, renjis sedikit ke bahagian atas nasi ketika nasi minyak sudah masak dan cakar dengan garpu. 5- Untuk elak nasi minyak patah, kaup dari tepi periuk bawang goreng,kismis, kacang jika mahu. Dah ada tips nya , jom kita tengok dan hadam resepi nasi minyak istimewa pakar la anda memasaknya. Bahan Resepi Nasi Minyak Untuk Nasi 3 cawan beras 3 cawan air 3 cawan susu segar 3 sudu makan penuh mentega 3 sudu makan bawang besar Holland dan halia yang dikisar Rempah 4 beradik kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga 1 helai daun pandan Secubit garam, gula & ajinomoto utk perasa ikot selera masing2 Cara Penyediaan Resepi Nasi Minyak 1 Basuh beras basmathi dengan bersih dan toskan. Dalam kuali, cairkan mentega dan tumis bahan rempah 4 beradik sehingga naik api besar sedikit dan masukkan air bersama susu mendidih. 2 Masukkan beras dan simpulkan daun pandan. Masak nasi sehingga masak. Bila dah masak biarkan kering sikit dan barulah masukkan tak nak masukkan pun takpe. 3 Kaup nasi minyak dari tepi periuk untuk elak biji nasi patah dua. Tips Kalau masak nasi 7 cawan untuk ramai makan, guna air 9 cawan dan susu segar 5 cawan dah cukup. Dah siap nasi untuk resepi nasi minyak best ni, kita boleh la sambung dengan buat acar mentah dan juga lauk pilihan. Kami beri dua resepi lauk untuk anda pilih atau buat keduanya sekali makan dengan hidangan ini. Untuk resepi ayam masak merah, anda boleh terus ke link ini untuk tengok 3 versi ayam masak merah yang mana berkenan di hati dalam artikel ini juga 3 Versi Ayam Masak Merah Untuk Anda Cuba Suka No Kalau mahu daging masak hitam pula untuk digandingkan dengan resepi nasi minyak ini, kami ada dua versi yang sangat versi untuk 1 kilogram daging dan satu versi lagi untuk 5 kilogram daging. Sesuai sangat la untuk masak makan dengan keluarga atau jamu ramai orang. Resepi Daging Masak Hitam 2 Versi Untuk Harian Dan Kenduri Untuk acar mentah pula, hiris timun secara memanjang, parut memanjang lobak merah,hiris nenas dan juga kubis. Jangan lupa masukkan juga hirisan cili. Gaulkan dalam bekas ,masukkan sedikit cuka makan sesuai dengan bahan acar mentah, sedikit garam dan juga gula. Kacau rata dan masukkan dalam peti atau biarkan 30 minit supaya meresap masuk dalam bahan sedap rasa acar. Lengkap kan resepi nasi minyak kami beri istimewa untuk anda cuba di mencuba tau.
CARAMASAK: 1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai, bawang yang dihiris, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis. Masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. 2. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak dan masak. 3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk kari dan serbuk sup (masak seketika). 4.DagingMasak Hitam Kredit: delimazamrud.my. Salah satu lauk nasi minyak yang wajib anda cuba ialah daging masak hitam ataupun daging pedas mamak. Resepi nasi minyak dan ayam masak merah ini adalah a keeper recipe untuk saya. Memang sangat sedap nasi minyak yang dimakan dengan ayam masak merah serta acar timun. Gandingan yang cukup serasi.
DagingMasak Hitam berempah yang pekat kuahnya, harum sangat masakan ni dan rasa ala-ala macam daging masak hitam kat restoran mamak. Sedap kalau dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak, atau makan dgn nasi putih je pun sedap. //Bahasa Melayu ————————-Bahan kisar halus: 6 ulas bawang putih 1 ½ inci halia 10 tangkai cili kering
R8liess.